Tuesday, March 15, 2011

4.Solat maghrib :

Manusia pertama yang menunaikan solat maghrib ialah Nabi Isa as.ALLAH telah
mengeluarkan Nabi Isa as dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu
terbenam matahari.

Rakaat pertama : Nabi Isa as bersujud sebagai tanda ketegasan TIADA TUHAN
YANG BERHAK DI SEMBAH KECUALI ALLAH YANG ESA.
Rakaat kedua : sebagai tanda menafikan tuduhan dan fitnah keatas ibunya
Siti Mariam yang dituduh berlaku sumbang sedangkan peristiwa kehamilan
ibunya tanpa lelaki sebagai tanda keagungan ALLAH yang berkuasa menciptakan
apa saja menurut kemahuanNYA dan tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana
kebesaranNYA.
Rakaat ketiga : sebagai tanda untuk meyakinkan kaumnya bahawa ALLAH itu
hanya satu , esa dan tiada satupun yang menyamai kewujudanNYA.Tiadalah
tuhan itu dua atau tiga dan Nabi Isa bukanlah anak tuhan manakala ibunya
bukanlah tuhan perempuan seperti kepercayaan kaumnya yang jauh tersesatDan
tidaklah tuhan yang sebenar itu menyerupai makhluk ciptaanNYA iaitu manusia
atau lain-lainnya.

Thursday, March 3, 2011

ASAL USUL SOLAT (part 3)

3.Solat asar :

Manusia pertama yang menunaikan solat asar ialah Nabi Yunus as. Selepas baginda dimuntahkan oleh ikan nun ditepi pantai baginda mendapati ketika itu telah masuk waktu asar. Nabi Yunus as lalu menunaikan solat asar empat rakaat.

Rakaat pertama : Nabi bersyukur kerana ALLAH telah memberi petunjuk atas kesilapan yang telah diperbuatnya iaitu meninggalkan kaumnya serta mudah berputus asa atas usahanya.
Rakaat kedua : ALLAH telah memberi peluang kepadanya untuk selamat dari kelamnya air laut selama berada dalam perut ikan nun.
Rakaat ketiga : ia bersukur kerana terselamat dari kelamnya malam ketika dimuntahkan oleh ikan nun.
Rakaat keempat : bersyukur kerana terlepas dari kelamnya dalam perut ikan nun.


Wednesday, March 2, 2011

ASAL USUL SOLAT (part 2)

2.Solat zuhur :

Manusia pertama yang menunaikan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim as. ALLAH telah memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail as sebagai korban kepada ALLAH. Seruan itu diterimanya ketika gelincir matahari.Apabila Nabi Ibrahim as bersedia untuk mengorbankan anaknya lalu turunlah malaikat membawa berita gembira dari ALLAH swt.Nabi Ibrahim as lalu bersolat empat rakaat.

Rakaat pertama : ia bersyukur kerana ALLAH swt telah menebus pengorbanan Ismail anaknya dengan seekor Qibas.
Rakaat kedua : tanda syukur yang teramat sangat kerana dukacita yang ditanggung untuk mengorbankan satu-satunya anak yang dimiliki telah di angkat oleh ALLAH.
Rakaat ketiga : Nabi Ibrahim as bersyukur dan memohon keredhaan ALLAH ke atas dirinya dan keluarganya.
Rakaat keempat : Nabi Ibrahim as bersyukur kerana dpt menunaikan korban menurut perintah ALLAH dengan seekor Qibas.

Tuesday, March 1, 2011

ASAL USUL SOLAT

Solat subuh :

Orang pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as. Sewaktu ia keluar dari syurga dan dihantar ke bumi , perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan malam sedangkan di syurga sangat indah dan bercahaya-cahaya. Baginda terasa sangat takut . Apabila terbit fajar subuh , Nabi Adam as sangat gembira dan ketakutannya mulai lenyap .Nabi Adam as lalui bersolat dua rakaat.

Rakaat pertama : tanda kesyukuran kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : tanda kesyukuran kerana siang telah menjelma.


Solat Zuhur pula akan menyusul kemudian. To be continued...

Friday, February 25, 2011

Hargai masa anda !




Assalamualaikum kepaa semua pembaca blog PRS Semenza yang kami hormati dan kasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah kami meneruskan misi dakwah dan nasihat kami yang telah sekian lamanya tidak di-updatekan :)

Kali ini kami akan menyentuh perihal penggunaan waktu. Kata bijak pandai selalu mengatakan bahawa masa itu emas. Pepatah arab pula ada menyebut masa itu adalah seperti pedang, jika anda tidak memotongnnya, ia akan memotong anda. Bagi kami, masa itu adalah segala-galanya, lebih berharga daripada emas!

Anak-anak dan pembaca sekalian,

kita seharusnya menyelamatkan masa kita dari melakukan aktiviti dan perkara yang tidak berfaedah. Jangan sesekali suka bertangguh dan elakkan pembaziran masa. Pagar masa anda, jangan biarkan masa anda dicuri orang. Satu perkara lagi, anda perlu melatih diri anda untuk berani katakan tidak terhadap segala undangan tidak berfaedah daripada rakan-rakan anda.

Semoga tips-tips ini berguna sebagai panduan kalian semua. Di atas adalah video sebagai penyuntik semangat untuk kalian berjaya seperi mereka ! Berusahalah :)

Tuesday, February 8, 2011

Dosa berkuku panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia t idak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak
berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya- Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah
adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu k aum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.