Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda! Sudah lama nampaknya blog ini tidak dikemaskinikan. Ini kerana kami semua baru sahaja selesai menjalani peperiksaan pertengahan tahun dan sibuk dengan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Terlebih dahulu kami di meja pengarang ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua para ibu di seluruh dunia! Ibu merupakan ratu di hati kami! Dan kami juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada mereka yang bergelar guru terutamanya guru-guru di Semenza. Jasa kalian amatlah besar dalam membentuk kami menjadi insan yang cemerlang!
Seperti yang diketahui, sekarang sudah memasuki bulan Jun. Sekejap benar rasanya tahun ini berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Bagi mereka yang bergelar calon PMR, SPM, dan STPM, mungkin sudah merasai fasa tahun peperiksaan. Jun-Julai-Ogos-September-Oktober-November. Berapa bulan lagikah baki yang ada untuk kamu wahai calon-calon peperiksaan untuk membuat persediaan? Bangkitlah dari tidur wahai rakan-rakan semua! Kita hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi untuk menghadapi peperiksaan!
Kami tahu bahawa anda semua sudah melakukan persediaan seperti menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Tetapi di sini kami ingin menyenaraikan apakah yang perlu anda lakukan sebagai salah seorang pelajar yang ingin berjaya dalam peperiksaan. Take a look!~

Sekarang
- Yakin kebolehan
- usaha bersungguh-sungguh
- usaha berterusan
- elak TV dan benda yang melalaikan
- jaga pemakanan
- riadah
- doa
- sembahyang hajat
Beberapa hari
- yakinkan diri
- terus usaha
- senarai semak
- jadual mingguan
- elak rakan negatif
- latih soalan tahun lepas
- makanan dan riadah
Malam peperiksaan
- tidur cukup
- tiada TV
- lihat nota sepintas lalu + soalan tahun lepas
- makan sederhana
- minum susu panas
- yakin + tenang
- sembahyang hajat
- pakaian bersih
- alat tulis dan keperluan
- kunci jam
No comments:
Post a Comment