Wednesday, January 12, 2011

Majlis pelantikan pemimpin murid




Hari ini telah berlangsungnya majlis pelantikan pemimpin murid Semenza. Pemimpin murid ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas buku teks dan sebagainya. Maklis ini diadakan khusus untuk memberi penghargaan kepada pemimpin murid yang berjaya menjda sebahagian daripada warga penting di sekolah. Kepada anak-anak Semenza yang berjaya menjadi pemimpin murid ini diharapkan anda semua menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memilih bulu. Anda sekarang wajib dan sudah mempunyai tanggunjawab yang besar kepada sekolah.


Akhir kata, selamat berbakti kepada sekolah dan tahniah kerana dipilih sebagai pemimpin murid! Bukan calang-calang murid yang dapat memegang jawatan-jawatan ini.

No comments:

Post a Comment