Monday, January 3, 2011

Selamat kembali ke sekolah

Assalamualaikum semua.

Diharapkan pembaca blog PRS Semenza berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja hendaknya. Tengah buat apa tu? Basuh kasut? Basuh beg? Baru bangun? Hah, sekolah dah nak buka ni. Diharapkan semua anak Semenza sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2011.

Yang Form One last year akan masuk Form Two this year. So, form two ni jangan main-main lagi. Pmr next year. Bagi yang Form 2 yang akan masuk form 3, harap-harap nya sudah cover tajuk-tajuk form 1 dan form 2 dengan baik memandangkan kalian akan menduduki PMR tak lama lagi. Make sure you all akan mengalahkan result PMR sebelum ini dengan menghasilkan result PMR yang bombastik!

Rasanya belum terlambat untuk kami di pihak PRS untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak yang menduduki PMR 2010 kerana telah berjaya menghasilkan keputusan yang amat membanggakan kami semua. Seramai 115 orang pelajar telah mendapat keputusan straight a's. Semenza telah menduduki tempat ke 8 di Kelantan dan tempat ke 5 dalam PPD KB dengan GPS 1.20 berbanding tahun lepas iaitu 1.36. Tahniah diucapkan. Jadi, belajar lah bersungguh-sungguh semasa di tingkatan empat. Form four bukanlah honeymoon year ye.

Kepada calon-calon SPM 2011, belajarlah dengan konsisten sejak dari awal tahun lagi. Pastikan anda faham sefaham-fahamnya tajuk-tajuk semasa di tingkatan empat kerana secara keseluruhannya SPM banyak meliputi tajuk-tajuk tingkatan 4.

Akhir kata, selamat kembali ke sekolah. Make Semenza proud of you :)

No comments:

Post a Comment