Tuesday, March 15, 2011

4.Solat maghrib :

Manusia pertama yang menunaikan solat maghrib ialah Nabi Isa as.ALLAH telah
mengeluarkan Nabi Isa as dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu
terbenam matahari.

Rakaat pertama : Nabi Isa as bersujud sebagai tanda ketegasan TIADA TUHAN
YANG BERHAK DI SEMBAH KECUALI ALLAH YANG ESA.
Rakaat kedua : sebagai tanda menafikan tuduhan dan fitnah keatas ibunya
Siti Mariam yang dituduh berlaku sumbang sedangkan peristiwa kehamilan
ibunya tanpa lelaki sebagai tanda keagungan ALLAH yang berkuasa menciptakan
apa saja menurut kemahuanNYA dan tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana
kebesaranNYA.
Rakaat ketiga : sebagai tanda untuk meyakinkan kaumnya bahawa ALLAH itu
hanya satu , esa dan tiada satupun yang menyamai kewujudanNYA.Tiadalah
tuhan itu dua atau tiga dan Nabi Isa bukanlah anak tuhan manakala ibunya
bukanlah tuhan perempuan seperti kepercayaan kaumnya yang jauh tersesatDan
tidaklah tuhan yang sebenar itu menyerupai makhluk ciptaanNYA iaitu manusia
atau lain-lainnya.

No comments:

Post a Comment