Wednesday, March 2, 2011

ASAL USUL SOLAT (part 2)

2.Solat zuhur :

Manusia pertama yang menunaikan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim as. ALLAH telah memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail as sebagai korban kepada ALLAH. Seruan itu diterimanya ketika gelincir matahari.Apabila Nabi Ibrahim as bersedia untuk mengorbankan anaknya lalu turunlah malaikat membawa berita gembira dari ALLAH swt.Nabi Ibrahim as lalu bersolat empat rakaat.

Rakaat pertama : ia bersyukur kerana ALLAH swt telah menebus pengorbanan Ismail anaknya dengan seekor Qibas.
Rakaat kedua : tanda syukur yang teramat sangat kerana dukacita yang ditanggung untuk mengorbankan satu-satunya anak yang dimiliki telah di angkat oleh ALLAH.
Rakaat ketiga : Nabi Ibrahim as bersyukur dan memohon keredhaan ALLAH ke atas dirinya dan keluarganya.
Rakaat keempat : Nabi Ibrahim as bersyukur kerana dpt menunaikan korban menurut perintah ALLAH dengan seekor Qibas.

No comments:

Post a Comment