Wednesday, March 16, 2011

5.Solat isyak :

Manusia pertama yang menunaikan solat Isyak ialah Nabi Musa as.Ketika ini
Nabi Musa as tersesat mencari jalan keluar di negeri Madyan.Baginda sangat
berdukacita .
ALLAH lalu menghilang kan rasa dukacitanya ketika masuk waktu isyak .Nabi
Musa lalu bersolat empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : hilang rasa dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : hilang rasa duka citanya terhadap saudaranya Nabi Harun as.
Rakaat ketiga : hilang dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat keempat : hilang rasa dukacitanya terhadap anak Firaun.

Tuesday, March 15, 2011

4.Solat maghrib :

Manusia pertama yang menunaikan solat maghrib ialah Nabi Isa as.ALLAH telah
mengeluarkan Nabi Isa as dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu
terbenam matahari.

Rakaat pertama : Nabi Isa as bersujud sebagai tanda ketegasan TIADA TUHAN
YANG BERHAK DI SEMBAH KECUALI ALLAH YANG ESA.
Rakaat kedua : sebagai tanda menafikan tuduhan dan fitnah keatas ibunya
Siti Mariam yang dituduh berlaku sumbang sedangkan peristiwa kehamilan
ibunya tanpa lelaki sebagai tanda keagungan ALLAH yang berkuasa menciptakan
apa saja menurut kemahuanNYA dan tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana
kebesaranNYA.
Rakaat ketiga : sebagai tanda untuk meyakinkan kaumnya bahawa ALLAH itu
hanya satu , esa dan tiada satupun yang menyamai kewujudanNYA.Tiadalah
tuhan itu dua atau tiga dan Nabi Isa bukanlah anak tuhan manakala ibunya
bukanlah tuhan perempuan seperti kepercayaan kaumnya yang jauh tersesatDan
tidaklah tuhan yang sebenar itu menyerupai makhluk ciptaanNYA iaitu manusia
atau lain-lainnya.

Thursday, March 3, 2011

ASAL USUL SOLAT (part 3)

3.Solat asar :

Manusia pertama yang menunaikan solat asar ialah Nabi Yunus as. Selepas baginda dimuntahkan oleh ikan nun ditepi pantai baginda mendapati ketika itu telah masuk waktu asar. Nabi Yunus as lalu menunaikan solat asar empat rakaat.

Rakaat pertama : Nabi bersyukur kerana ALLAH telah memberi petunjuk atas kesilapan yang telah diperbuatnya iaitu meninggalkan kaumnya serta mudah berputus asa atas usahanya.
Rakaat kedua : ALLAH telah memberi peluang kepadanya untuk selamat dari kelamnya air laut selama berada dalam perut ikan nun.
Rakaat ketiga : ia bersukur kerana terselamat dari kelamnya malam ketika dimuntahkan oleh ikan nun.
Rakaat keempat : bersyukur kerana terlepas dari kelamnya dalam perut ikan nun.


Wednesday, March 2, 2011

ASAL USUL SOLAT (part 2)

2.Solat zuhur :

Manusia pertama yang menunaikan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim as. ALLAH telah memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail as sebagai korban kepada ALLAH. Seruan itu diterimanya ketika gelincir matahari.Apabila Nabi Ibrahim as bersedia untuk mengorbankan anaknya lalu turunlah malaikat membawa berita gembira dari ALLAH swt.Nabi Ibrahim as lalu bersolat empat rakaat.

Rakaat pertama : ia bersyukur kerana ALLAH swt telah menebus pengorbanan Ismail anaknya dengan seekor Qibas.
Rakaat kedua : tanda syukur yang teramat sangat kerana dukacita yang ditanggung untuk mengorbankan satu-satunya anak yang dimiliki telah di angkat oleh ALLAH.
Rakaat ketiga : Nabi Ibrahim as bersyukur dan memohon keredhaan ALLAH ke atas dirinya dan keluarganya.
Rakaat keempat : Nabi Ibrahim as bersyukur kerana dpt menunaikan korban menurut perintah ALLAH dengan seekor Qibas.

Tuesday, March 1, 2011

ASAL USUL SOLAT

Solat subuh :

Orang pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as. Sewaktu ia keluar dari syurga dan dihantar ke bumi , perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan malam sedangkan di syurga sangat indah dan bercahaya-cahaya. Baginda terasa sangat takut . Apabila terbit fajar subuh , Nabi Adam as sangat gembira dan ketakutannya mulai lenyap .Nabi Adam as lalui bersolat dua rakaat.

Rakaat pertama : tanda kesyukuran kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : tanda kesyukuran kerana siang telah menjelma.


Solat Zuhur pula akan menyusul kemudian. To be continued...