Assalamualaikum kepaa semua pembaca blog PRS Semenza yang kami hormati dan kasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah kami meneruskan misi dakwah dan nasihat kami yang telah sekian lamanya tidak di-updatekan :)
Kali ini kami akan menyentuh perihal penggunaan waktu. Kata bijak pandai selalu mengatakan bahawa masa itu emas. Pepatah arab pula ada menyebut masa itu adalah seperti pedang, jika anda tidak memotongnnya, ia akan memotong anda. Bagi kami, masa itu adalah segala-galanya, lebih berharga daripada emas!
Anak-anak dan pembaca sekalian,
kita seharusnya menyelamatkan masa kita dari melakukan aktiviti dan perkara yang tidak berfaedah. Jangan sesekali suka bertangguh dan elakkan pembaziran masa. Pagar masa anda, jangan biarkan masa anda dicuri orang. Satu perkara lagi, anda perlu melatih diri anda untuk berani katakan tidak terhadap segala undangan tidak berfaedah daripada rakan-rakan anda.
Semoga tips-tips ini berguna sebagai panduan kalian semua. Di atas adalah video sebagai penyuntik semangat untuk kalian berjaya seperi mereka ! Berusahalah :)