Tuesday, September 14, 2010

Aidilfitri 1431 Hijrah

Salam Aidilfitri buat semua warga SMK Zainab 1 terutamanya warga Pembimbing Rakan Sebaya. Semoga Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan meriah bersama-sama keluarga tercinta dan insan yang tersayang. Buat warga Zainab yang berada di perantauan, berhati-hati lah smeasa pulang ke kampung. Nasihatilah keluarga anda untuk membawa kenderaan dengan berhati-hati. Ingat, Pandu Cermat, Jiwa Selamat (Pesanan dari pihak penaja, hehe).

Buat warga Semenza yang sedang menduduki kelas peperiksaan, diharapkan jangan terlampau beraya sakan. Ingat yang anda akan menduduki peperiksaan besar pula selepas ini. Rayalah sepuas-puasnya selepas peperiksaan nanti ye. Cuti dua minggu ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menelaah pelajaran dan melakukan sedikit latih tubi.

Salam sayang, salam Syawal, salam 1Malaysia.

Meja pengarang PRS 10'