Selamat bercuti kepada semua pelajar Smk Zainab 1. Diharapkan semua pelajar melakukan segala kerja sekolah terancang atau Take Home Test yang sudah dibekalkan. Kepada semua pelajar SPM & STPM, kami mendoakan yang terbaik untuk anda semua, lakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Semasa cuti nanti, jangan main air. Ye la, Kelantan adalah wilayah banjir kan. So, dont play-play aa~
Saturday, November 20, 2010
Tuesday, September 14, 2010
Aidilfitri 1431 Hijrah
Salam Aidilfitri buat semua warga SMK Zainab 1 terutamanya warga Pembimbing Rakan Sebaya. Semoga Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan meriah bersama-sama keluarga tercinta dan insan yang tersayang. Buat warga Zainab yang berada di perantauan, berhati-hati lah smeasa pulang ke kampung. Nasihatilah keluarga anda untuk membawa kenderaan dengan berhati-hati. Ingat, Pandu Cermat, Jiwa Selamat (Pesanan dari pihak penaja, hehe).
Buat warga Semenza yang sedang menduduki kelas peperiksaan, diharapkan jangan terlampau beraya sakan. Ingat yang anda akan menduduki peperiksaan besar pula selepas ini. Rayalah sepuas-puasnya selepas peperiksaan nanti ye. Cuti dua minggu ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menelaah pelajaran dan melakukan sedikit latih tubi.

Salam sayang, salam Syawal, salam 1Malaysia.
Meja pengarang PRS 10'
Meja pengarang PRS 10'
Saturday, August 14, 2010
Salam Ramadhan
Selamat menyambut ketibaan Bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh barakah untuk umat Islam. Diharapkan anak-anak Semenza sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut ketibaan bulan mulia ini.
Monday, June 14, 2010
Lawatan Benchmarking Dari SMK Agaseh
pada 28/01/2010, SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah telah datang melawat SMK Zainab 1. Mereka mengadakan lawatan benchmarking dan memilih SMK Zainab 1 sebagai penanda aras di atas kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang telah ditunjukkan. Beberapa orang Prs telah ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu dan L.O. Mereka yang menjadi penyambut tetamu ini dipilih berdasarkan keramahan dan kepetahan mereka berbicara.
Wednesday, May 19, 2010
SAMBUTAN HARI GURU 2010
It was a really enjoying day! That was the conclusion for the Semenza Teacher's Day 2010. This year, PRS cooperate with the other badan pemimpin pelajar like Prefects, PSS and Ketua Tingkatan.
Kami bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti mempersiap dan mengindahkan dewan, menyelaraskan persembahan dan permainan untuk para guru. Hari Guru dimulakan dengan aktiviti permainan. Antara permainan yang telah diadakan adalah seperti flying tea, lipat kain, gubahan buah-buahan, make over dan macam-macam lagi.
Acara formal pula telah dimulakan pada jam 10 pagi. Pengacara bersama pada majlis formal tersebut adalah Shabiha dan Hidayah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh pengetua cemerlang, Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob. Selesai sahaja upacara perasmian tersebut, majlis telah bertukar ke majlis tidak formal. Dewan Semenza penuh dengan hilai tawa apabila tiga orang pelajar sensasi yang merangkap ketua tingkatan bagi kelas 5 Bestari, 5 Damai dan 4 Amanah iaitu Syaza, Najwa dan Jo telah ditugaskan untuk menjadi pengacara.
Persembahan telah dimulakan oleh persembahan dari murid di mana dua orang murid tingkatan 3 dan 4 iaitu Rahil Aqila dan Farah Mastura Kamal Francis telah menyampaikan sebuah lagu iaitu Hanya Di Mercu. Persembahan diselang-selikan juga dengan cabutan bertuah. Cabutan bertuah kali ini dilakukan dengan begitu unik kerana menggunakan cara dengan meneka gambar yang dipaparkan di slide.
Sambutan pada hari tersebut telah berakhir pada jam kira-kira 2 petang. Walaupun penat, kami semua tetap gembira kerana dapat bersama-sama dalam menjayakan Hari Guru thaun ini. terima kasih guru, terima kasih semua!

Monday, May 10, 2010
Mother's Day

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua para ibu yang ada di luar sana, khususnya guru-guru perempuan di Semenza yang rata-ratanya sudah pun bergelar ibu. Happy Mother's day once again!
Sunday, March 14, 2010
Waktu-waktu mustajab berdoa
- 1/3 malam dan selepas menunaikan solat fardhu
- ketika Lailatul Qadar
- Hari Arafah
- Di Bulan Ramadhan
- hari dan malam Jumaat
- di antara azan dan iqamah
- ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan
- ketika sujud dalam sembahyang
- ketika meminum air zam-zam
- ketika membaca Al Quran terutama apabila khatam
- ketika mendengar kokokan ayam
- ketika waktu hujan
- berada di tempat-tempat mulia seperti di Masjid Al Haram, Masjid Nabawi.
Monday, February 8, 2010
The Hierarchy.
Pemilihan untuk organisasi PRS telah diadakan. Ahli-ahli baru ini telah dipilih menerusi undian di Bilik Kaunseling Semenza. Semua PRS 2010 telah bersama-sama dalam mengundi ahli jawatankuasa PRS yang baru.
Carta organisasi PRS 2010 adalah seperti berikut:

Puan Hjh Khatijah Husin sebagai kaunselor 1 & Puan Hjh Mahiran Yaacob sebagai kaunselor 2
Carta organisasi PRS 2010 adalah seperti berikut:
Puan Hjh Khatijah Husin sebagai kaunselor 1 & Puan Hjh Mahiran Yaacob sebagai kaunselor 2
Friday, January 22, 2010
First Step.

Finally, we had sign up the PRS Semenza blog. The purpose are we want to interact with other school Prs Members and the students around the globe. Happy reading our blog! :D
Subscribe to:
Comments (Atom)